? ??????????????It's Raining Love? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??24 Grabs Today. 3582 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Tame The Wind? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??24 Grabs Today. 1321 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 13, 2010

luv 4 nothing??


Berdasarkan penerangan yang diberikan selama seminggu ini, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine's Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah merupakan hari perayaan bagi orang-orang Kristian
Kesimpulan Kempen CSI Valentines Day


Perlu kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusahamenanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” (al-Baqarah ayat 120)

Oleh itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anakmereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi pula disarankan agar lebih proaktif untuk memastikan tiada acara sambutan hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Sebagai alternatif atau serangan balas kepada pihak yang mengadakan pesta besar-besaran pada hari tersebut, program-program berikut mungkin boleh dijalankan:

1. Mengadakan forum-forum bertemakan “Kekasih Awal dan Akhir” di mana isi perbincangan berkisar kepada menghidupkan kecintaan kepada Yang Maha Esa dan agamaNya.

2. Menyuburkan budaya ziarah menziarahi kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang lain bagi menyuburkan kasih sayang yang semakin pudar disebabkan kesibukan tugas masing-masing.

3. Mengadakan sambutan hari keluarga samada di peringkat individu,organisasi atau kawasan.

Dengan adanya program alternatif yang dirancang seperti ini, diharap umat Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih' yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya menggunakan masa dan waktu dengan melakukan pekara yang mendatangkan manfaat di mana matlamat akhirnya adalah menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.

0 comments: