? ??????????????It's Raining Love? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??24 Grabs Today. 3582 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Tame The Wind? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??24 Grabs Today. 1321 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, February 21, 2010

::sEManGAt keSUkaNAn::

salam ziarah wat sume plawat:)Alhamdulillah skrg ni msuk mggu k3 hari2 sukan yg sdg brlngsung dgn jayanya..(sukan sekolah menengah islam al-amin gombak laa~)huhu..sume student n ckgu2 bz ngn lthan skn n sukan2 wlupun exam nk mnjelang tibe xame ag.(mmg xlme pon ag,03.03.10)iAllah..kbiasaanye,uma sukan kn tediri dr uma biru,merah,kuning n hijau.samela ngn uma skn kt smiaag..uma biru(anNajah),hijau(alFalah),merah(alFattah) n kuning(alSolah)..

smlm smiaag tlh bjaya mlngsungkn petandingan senamaerobik.Alhamdulillah tmpt pertame diduduki oleh AnNajah<3(uma>

20.02.10 n bertempat di klas bwh blok f5,terkumpulnya warga banat al-Amin yg sudi mnyksikn pertandingan senamaerobik sempena aktiviti sukan ke20..rmi penonton yg terdiri drpd pljr al-Amin,alumni(judges) n ckgu2 wanita (aje)..cabutan undian tlh dilakukan n u guess wat?
anNajah kne wat 1st performance then,fattah,falah n solah.yaAllah,ase nk jtuh pngsan n tegugur jntung nii.tp dgn bebekalkn smgt yg jitu, n Doa ckgu2 kami bgtu optimis akn menjulang medal kejuaraan anNajah dlm aerobik..

kami wat line up spertmana yg drncg then,wat la aerobik ngn pnuh smgt n optimis.Alhamdulillah,sumenye bjalan lancar n mndapat sambutan hangat dpd penonton2 lain.disusuli peserta fattah,falah n solah..MC ari tuu,cg Arasy btau uma yg juara kne perform once again ats stage..ktorg dbo2la tyme tuuh.pas2,rmi yg bsk2 nk tgok anNajah wat performnce ag coz tyme dyowg smpi xsmpt tgk.yela anNajah nye kan tlbih awl..i-me ckp la ngn dowg,DOAla klu nk tgk ktowg beraerobik kt dpn ag..

wak2 yg dtnggu2 akhirnye tbe jgk..mmg wak2 tuu,da tawakkal hbis.n serahkan sgalanya pd Illahi,kalau anNajah dpt kejuaraan 2,sykur sgt2 yaAllah,mmg xterhingga,but if da result is an opposite,we've 2 accept it n try again 4 da nex year..mmg Allah tunjukkan Dia amat2 menyayangi kami n beri blsn setimpal ats usaha kami selama ini,anNajah menjuarai senamaerobik akhirnya!syukur yaRabbi..kami,berTakbir beramai2 melaungkn nama Allah yg bgtu AGUNG disertakan sorakan umah sukan..then,kami djemput untuk mengadakan prformnce kt stage once again..tyme 2,btambah smgt la..Alhamdulillah..iAllah cgu btau,tyme MASBAH nnt,persembahkan ag aerobik(anNajah),iAllah kami ingat ag:)

then,amek gmba amai2 n ade aj records tp i-me ley tygkn gmba (pas aerobik) sje coz dilarang same skali msukkan tyme perfrmnce..iAllah..i miss my aerobic members soo much!n don't want 2 lost contct wif them..aja2 tok aerobik twun dpn k:)luv u all!!

Saturday, February 13, 2010

??ValentineZ dAY??

Komik CSI Valentines Day


Sempena seminggu kempen CSI Valentines Day ini, kami team JOM JADI BIJAK (JJB) Negeri Johor akan berkongsi satu komik yang dihasilkan oleh dua orang sukarelawan cartoonist yang membantu dalam kempen ini.

Kami berharap adik-adik akan ambil iktibar dengan komik ini dan seterusnya menyebarkannya pada org disekeliling kita.

Esok adalah hari yang di katakan Hari Kekasih. Namun begitu, kita sebagai org Islam perlulah memperingatkan rakan-rakan dan kawan-kawan yang lain supaya tidak terjerat dalam sambutan yang bukanlah sambutan org Islam ini.

Mari kita sama-sama menjadi orang BIJAK dan kekal BIJAK hingga ke Syurga. Dlm masa yang sama, jangan lupa ajak org lain jadi BIJAK.

da hIStorY of ValenTIneZ daY

Salah satu versi terkuat menyatakan asal usul sejarah Valentine’s Day bermula di sekitar tahun 270M, di zaman pemerintahan Maharaja Rom iaituMaharaja Claudius II yang zalim. Rom ketika itu terlibat di dalam beberapa peperangan yang berdarah dalam usaha untuk meluaskan empayarnya.

Claudius menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tentera. Pada pandangan beliau sebab utama pemuda-pemuda Romtidak berminat menjadi tentera ialah kerana mereka sukar meninggalkan kekasih dan keluarga mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Claudius telah mengharamkan semua perkahwinan dan pertunangan di kalangan masyarakat Rom.

Saint Valentine merupakan salah seorang paderi Rom ketika itu. Beliau bersama seorang paderi lain bernama Saint Marius secara rahsia telah membantu mengahwinkan pasangan-pasangan yang ingin berkahwin. Akibatnya beliau telah tangkap, dipenjara, dan dijatuhkan hukuman bunuh pada tanggal 14 Februari tahun 270 M. Beliau dianggap ‘syahid’ oleh para penganut Kristian ketika itu.

Sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, ramai golongan muda menziarahi Saint Valentine semasa beliau di dalam penjara sebagai tanda sokongan dan simpati. Salah seorang yang kerap mengunjungi beliau ialah anak gadis kepada seorang pengawal penjara yang akhirnya membibitkan perasaan kasih sayang di antara mereka.

Pada hari Saint Valentine dijatuhkan hukuman bunuh, beliau telahmeninggalkan sekeping nota kepada gadis tersebut dengan menulis ucapan terima kasih dan diakhiri dengan perkataan “Love from your Valentine”. Menurut sejarah, nota inilah yang memulakan budaya Valentine’s Day.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Valentines_Day

::muslimz vs vAlentinez day::

Rakaman sejarah di atas membuktikan bahawa perayaan Valentine’s day langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. Rasulullah SAW melarang umat Islam meniru budaya orang bukan Islam kerana dibimbangi akan tergolong bersama dalam golongan tersebut.

Sabda baginda bermaksud:

”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”.(Riwayat Abu Dawud).

Mengenai hukum menyambut Hari Valentine, seorang ulamak Arab Sheikh al-‘Utsaimin berkata:

“Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.


Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih serta menghindari perilaku yang menjurus ke arah meraikannya. Perilaku berikut wajar dielakkan:

1. Keluar berpoya-poya bersama kekasih dan menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

2. Menghantar kad-kad ucapan Valentine Day di mana pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.

3. Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Sesungguhnya perbuatan di atas juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya akan menyumbang kepada berlakunya perkara maksiat dan zina.

Firman-Nya:
“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” (Surah Al-Isra’ ;32)

no ValentineZ in MuslimZ lIfe!!

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa? Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini. Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa. Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya. Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku.Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah. Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini. Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju. Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini. Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid. Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya. Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

KEJAM... Mayat bayi perempuan dihurungi semut dijumpai di hadapan Masjid Permatang Duyong, Melaka, semalam. – Utusan/GAIE UCHEL

luv 4 nothing??


Berdasarkan penerangan yang diberikan selama seminggu ini, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine's Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah merupakan hari perayaan bagi orang-orang Kristian
Kesimpulan Kempen CSI Valentines Day


Perlu kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusahamenanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar).” (al-Baqarah ayat 120)

Oleh itu, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anakmereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi pula disarankan agar lebih proaktif untuk memastikan tiada acara sambutan hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.

Sebagai alternatif atau serangan balas kepada pihak yang mengadakan pesta besar-besaran pada hari tersebut, program-program berikut mungkin boleh dijalankan:

1. Mengadakan forum-forum bertemakan “Kekasih Awal dan Akhir” di mana isi perbincangan berkisar kepada menghidupkan kecintaan kepada Yang Maha Esa dan agamaNya.

2. Menyuburkan budaya ziarah menziarahi kedua ibu bapa atau ahli keluarga yang lain bagi menyuburkan kasih sayang yang semakin pudar disebabkan kesibukan tugas masing-masing.

3. Mengadakan sambutan hari keluarga samada di peringkat individu,organisasi atau kawasan.

Dengan adanya program alternatif yang dirancang seperti ini, diharap umat Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih' yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya menggunakan masa dan waktu dengan melakukan pekara yang mendatangkan manfaat di mana matlamat akhirnya adalah menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.