? ??????????????It's Raining Love? ????? ?? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??24 Grabs Today. 3582 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Tame The Wind? ????? ?? ???Rating: 5.0 (2 Ratings)??24 Grabs Today. 1321 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 14, 2009

?apa tu 4K?

salam ya akhawat,insyaAllah mlm ni sye nk share sdikit tazkirah mengenai 4k.huh?apa tuu 4k?em,ciannye sume bingung2 ye,baiklah 4k i2 ialah Ketinggian, Keihlasan, Kemuliaan dan Kemerdekaan.. Moga setelah kita sama2 merenung n menghayatinya, iman kita bertambah mantap.Amiin ya rabbal a'alamiin..

Renungan bersama...

Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya : "Tidak sempurna iman
seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti)
apa yang ia sendiri suka mendapatnya." (HR Bukhari dan Muslim )

Muslimin/muslimat rahimmatulmullah. Hadith yang akan kita baca pada kali
ini, mengajar kita tentang suatu sifat. Yang mana kita diajar supaya
menjauhkan diri daripada sifat yang tidak baik di dalam Islam, iaitulah
sifat mementingkan diri sendiri dan melupakan orang Islam yang lain.

Orang-orang Islam yang beriman adalah merupakan suatu kesatuan, sepertimana
yang disebut oleh ALLAH SWT di dalam kitabNya yang bermaksud, "Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara." Kemudian disebut juga oleh
Nabi s.a.w. dalam sebuah hadith yang lain, di mana mafhum hadith tersebut
mengajar kita bahwa umat-umat Islam yang beriman ini seperti suatu anggota
tubuh. Katakanlah salah satu daripada anggota tubuh kita sakit, maka yang
lain juga turut berjaga dan merasai kesakitan itu. Kita ambik contoh sakit
gigi; yang mana kesakitannya sehingga kita mengerang sampai mata tak boleh
tidur. Kemudian pada keesokan paginya, yang berjalan pi klinik ialah kaki.
Ataupun yang menghidupkan enjin kereta untuk ke klinik ialah tangan.
Masing-masing turut merasai keperitan yang dihadapi oleh si gigi. Jadi,
dalam keadaan si gigi sedang sakit, maka kaki dan tangan akan tidak
mendiamkan diri melainkan berperanan membawa si gigi pergi menjalani rawatan
untuk menyembuhkan kesakitannya dengan izin ALLAH SWT. Inilah misalan yang
Nabi s.a.w. ajar kepada kita, dan inilah yang kita beritahu kepada
masyarakat. Samada yang berlaku di Palestin, Chechya, Ambon ataupun yang
berlaku di mana sahaja; umat Islam adalah saudara kepada saudaranya yang
lain. Sepertimana kita mahu diri kita mendapat kebaikan, maka begitulah
hendaknya, kita juga mahu supaya saudara Islam kita yang lain juga mendapat
kebaikan. Akan diusahakan sedaya mungkin, supaya saudara kita yang Islam itu
turut merasakan keamanan seperti diri kita. Paling tidak pun, kita akan
mengangkat tangan dan berdoa kepada ALLAH SWT supaya orang-orang Islam yang
ditindas oleh puak-puak kuffar di seluruh dunia mendapat keamanan sama
seperti diri kita sendiri. Inilah sifat orang-orang yang beriman yang
dinyatakan di dalam hadith ke 15 ini.

Kalau kita merujuk di dalam kitab "Hadith 40" matan arba`in Imam Nawawi
rahimmallahu ta`ala, kita akan dapati Imam Nawawi menghuraikan hadith ini
dengan begitu detail sekali. Di mana di antara terjemahan lain yang disebut
di dalam "Hadith 40", mafhum hadith ini ialah Nabi s.a.w. telah bersabda,
"Tidak beriman seseorang kamu sehingga ia mencintai untuk saudaranya apa
yang ia cintai untuk dirinya." Menurut Ust Halim Nasir, inilah penafsiran
yang agak lengkap kalau nak dibandingkan dengan penafsiran yang terdapat di
dalam kitab "Mastika Hadith". Kerana di dalam matan hadith ini ada kalimah
"cinta", maka sebab itulah ustaz Halim merasakan agak lebih tepat penafsiran
di dalam matan arba`in ini, sepertimana yang disebut oleh Imam Nawawi
rahimmallau ta`ala itu.

"Cinta" yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi itu adalah cinta yang diasaskan
kepada cinta akan ugama ALLAH SWT. Dan itulah sekira-kira makna yang pernah
disabdakan oleh Nabi s.a.w. di dalam sebuah hadith yang lain, iaitulah
ketika mana baginda sedang menghuraikan persoalan tentang "kemanisan iman".
Hadith tersebut terdapat dalam riwayat Bukhari; dimana Nabi s.a.w. telah
menyatakan bahwa antara tanda iman yang manis itu ada 3. Kata Nabi s.a.w.,
"Barang siapa yang memiliki 3 perkara itu, maka dia telah merasai akan
kemanisan iman." Tapi ust Halim tidak membahaskan hadith ini, cumanya beliau
hanya nak memfokus kepada perkara yang kedua dalam hadith tersebut tu
sahaja. Yang selebihnya, yakni perkara 1 & 3, bolehlah muslimin/muslihat
rujuk sendiri dalam Sahih Bukhari.

Di mana Nabi s.a.w. menyebut bahwa tanda iman manis yang kedua ialah,
"Adalah dia kasih kepada saudaranya; dan kasihnya itu adalah kerana ALLAH
SWT." Maksud hadith ini ialah tiadalah dia mencintai seseorang itu,
melainkan kerana ALLAH SWT. Dan inilah yang disebut oleh Imam Nawawi
rahimmallahu ta`ala bahwa "cinta" itu adalah didasarkan kepada ugama ALLAH
SWT, yakni berdasarkan kepada iman dan ketaqwaan sepertimana yang diajar
oleh Nabi s.a.w.. Bukannya kasih kita itu kerana ada tujuan yang lain;
umpamanya sebab-sebab duniawi yakni harta benda kemewahan. Kalau kita
gantungkan kasih kita kerana benda-benda itu, maka ia tidak akan dikira oleh
syara`.

Dan diantara perkara yang penting yang disebut oleh Imam Nawawi rahimmallahu
ta`ala berhubung dengan hadith ke 15 ini ialah katanya bahwa, "Maka wajiblah
seseorang Islam itu mencintai saudaranya yang Islam supaya dia (saudaranya
itu) terus kekal di dalam Islam."...Inilah di antara tugas kita. Jadi,
apakah maksud kata-kata Imam Nawawi itu?...Maksudnya ialah kalau saudara
kita itu menyeleweng, maka menjadi kewajipan kepada kita untuk menegur dia
supaya dia terus kekal di dalam ugama ALLAH SWT. Kita wajib mencintai dan
kasihan kepada dia kerana telah jauh terlajak daripada hidayah dan petunjuk
ALLAH. Tapi kalau kita saja yang kasihan padanya, sedangkan dia sendiri
tidak kasihan pada dirinya, maka apa boleh buat.

Dan antara tanda kita simpati kepada orang-orang yang terlajak ini ialah
kita buat majlis-majlis kuliyyah dan ceramah untuk kita beri penerangan
tentang Islam yang sebenar supaya apabila dia dengar, moga-moga dia akan
terus kekal di dalam Islam. Kecualilah kalau dia termasuk dalam golongan
yang mensyirikkan ALLAH sepertimana yang difirmankan oleh ALLAH SWT dalam
Surah Haamiim Fusilat (as-Sajdah):5 yang bermaksud, "Dan berkatalah mereka :
Di dalam hati kami ada pendinding-pendinding sebab itu kami tak boleh
mendengar kuliyyah maupun ceramah. Dan di telinga kami pula ada
penyumbat-penyumbat sebab kami benci pada majlis kuliyyah/ceramah kerana
kuliyyah/ceramah ni semata-mata dok mengata kat orang tak habih-habih. Dan
diantara kami dengan Islam ada hijab, maka tak berupayalah untuk kami
bersama dengan Islam. Lalu mereka berkata pada Islam : beramallah kamu wahai
Islam dengan apa yang kamu amalkan, tapi kami tetap lakukan apa yang kami
rasa kami suka."...Kalau kita berhadapan dengan jenis lagu ni, maka tak
upaya dah untuk kita nak kasihkan pada dia. Samalah juga kalau mai satu
jenis lagi, iaitulah jenis sepertimana yang ALLAH sebut dalam Suratul
Kahfi:57 yang bermaksud, "....Wahai Muhammad! kalau kamu dakwah mereka
kepada hidayah petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat hidayah itu buat
selama-lamanya."...Jenis ni lagi tak upaya untuk kita kasihan sebab dia
langsung tidak kasih kepada dirinya sendiri. Jadi, selain daripada 2
golongan yang disebut oleh ALLAH dalam ayat-ayatNya tadi, maka kata Imam
Nawawi, "Wajiblah bagi kita mencintai saudara Islam kita itu supaya dia
terus kekal di dalam Islam."...Apabila saudara kita itu terus kekal sebagai
umat Islam, maka dia akan terus mendapat hidayah dan tarbiyah yang baik
daripada ugama ALLAH SWT.

Apakah ciri tarbiyah Islam yang sebenar-benarnya, yakni supaya saudara kita
yang terlajak ini boleh kembali duduk dalam hidayah/risalah ALLAH?...Ciri
tarbiyah yang betul itu telah dinyatakan oleh Prof Dr Yusof al-Qardhawi di
dalam banyak kitab-kitabnya. Diantara ciri-ciri tarbiyah yang utama itu
boleh dirujuk dalam kitab "Pertembungan Sekular dan Islam" karangan Prof Dr
Yusof al-Qardhawi pada m.s.47., yang mana Prof Dr Yusof al-Qardhawi telah
menyenaraikan ciri-ciri tarbiyah yang paling utama yang mesti dimiliki oleh
setiap orang yang mengaku beriman kepada ALLAH SWT. Ciri-ciri itu ialah :

1) beriltizam dengan aqidah yang bersih dan selamat dari sebarang kurafat.

Maknanya, aqidah mesti mantap. Tali perhubungan antara kita dengan ALLAH
yang dipanggil sebagai "aqidah" itu, mesti ditentukan supaya line itu clear.
Seperti tidak ada unsur-unsur kekuffuran, syirik, nifaq dan sebagainya. Dan
kita mesti pasak dalam minda bahwa diantara ciri aqidah yang benar ialah
sepertimana yang disebut oleh ALLAH dalam Suratul Hujuraat:7. Kalau
tuan-tuan baca ayat ini, tuan-tuan akan tahu siapakah dikalangan orang-orang
Islam yang cerdik. Dimana ALLAH menyebut dalam ayat ini bahwa orang yang
cerdik ialah orang Islam yang membenci akan 3 perkara. Jadi, kalau kita nak
tahu aqidah kita okay ka atau tak okay, maka kita kena check tengok ada tak
perasaan benci dalam diri kita terhadap 3 perkara ini. Maknanya, kita kena
tentukan yang ALLAH telah campakkan perasaan itu (yakni perasaan benci) ke
dalam jiwa kita.

Firman ALLAH dalam Suratul Hujuraat:7 yang bermaksud, "....Dan dihiaskan di
dalam hati kamu (orang-orang yang beriman) dengan perasaan benci kepada 3
perkara...."...Makna kata, siapa yang tak benci akan 3 perkara ini, maka
imannya belum lagi sempurna. Silap-silap, dia tidak langsung beriman kepada
ALLAH...Waiyya zubillah.

Jadi, apakah 3 perkara itu?...Yang pertamanya ialah ia benci akan
kekuffuran. Segala jenis kerja kuffur, hendaklah kita benci.Manakala yang
keduanya pula ialah benci akan kefasikan. Fasik ni ialah jenis buat dosa
besar tak ingat apa dah. Dah kalau dosa besar pun tak takut nak buat, apatah
lagi dosa-dosa kecik ni, lagu minum air aje lah. Orang yang fasik ni, jangan
kita ambik ringan tuan-tuan. Bukankah ada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan
apabila orang fasik bawa sesuatu berita, maka kita tak boleh terima
bulat-bulat, yakni kena siasat dulu akan kesahihan berita yang dibawanya
itu?...Maknanya kesaksian orang fasik dipertikaikan. Tapi lagi celaru bila
ada orang fasik pi jadi imam sembahyang; kita patut mufarakah tuan-tuan.
Bukan apa tuan-tuan; sesetengah orang (makmum yang jenis tak mengaji ni)
depa tak peduli langsung akan status orang yang jadi imam tu. Asalkan depa
boleh sembahyang, cukup. Depa tak tau yang tok imam tu kaki ekoq ka, kaki
pompuan ka, atas masjid saja nampak alim tapi luar masjid dialah yang
pertikaikan hukum ALLAH, petang-petang jogging pun pakai seluaq Hawaii aje
dan sebagainya. Yang depa tau hanyalah kata, "Biar le ALLAH yang menentukan,
dia orang Islam jugak."...Memanglah tok imam tu orang Islam dan sah
sembahyang kita kalau ikut dia pun; tapi sayang la tuan-tuan sebab
barakahnya takdak. Begitu jugalah dengan wali nikah yang fasik; memanglah
sah pernikahan tu di sudut fekah, tak payahlah diulang akadnya, tapi kesian
la kat pasangan pengantin tu sebab takdak keberkatanNya. Jadi. mestilah kita
benci akan kefasikan.

Dan yang ketiganya ialah benci akan kedurhakaan. Jadi, kita mesti kena benci
akan segala perkara yang membawa kepada durhakakan ALLAH. Dan diakhir ayat
ini ALLAH sebut, "Merekalah orang yang cerdik dan pandai."...Jadi, orang
yang ALLAH kata cerdik ni ialah orang yang benci dengan segala bentuk
kekuffuran, orang yang bencikan kefasikan dan orang yang bencikan
kedurhakaan....Macamana ni tuan-tuan?...ALLAH sendiri kata bahwa orang yang
membenci ini ialah orang yang cerdik. Bukan pasai apa tuan-tuan; sebab ada
setengah orang bila depa dengar saja ada orang benci kepada seseorang, lalu
tanpa usul periksa, terus depa cop orang yang membenci itu sebagai
"penghasut no.1". Bila jadi lagu ni, silap-silap haribulan, puak-puak Melayu
"pelahap" (ambil istilah Mat Sabu) ni boleh tuduh ALLAH lah yang menjadi
penghasut; sebab ALLAH lah yang suruh kita bencikan
kekuffuran/kefasikan/kedurhakaan.

Okay, cuba kita tengok; kekuffuran/kefasikan/kedurhakaan semua ni, dia
takkan datang secara automatik sekira tanpa pelakunya; betoi tak
tuan-tuan?...Yakni mesti ada orang yang melakukannya. Jadi, bila ada
pelakunya, maka kebencian juga turut akan tertuju kepada orang yang
melakukan perkara itu; betoi tak tuan-tuan??...Jadi, adakah Melayu "pelahap"
nak kata inilah dia isu hasut menghasut, maka bolehlah di charge dibawa akta
48???...ASTAGHFIRULLAH...ALLAH sendiri yang ajar sebegitu, "Kamu
mesti bencikan maksiat, kekuffuran, kefasikan dan kedurhakaan."...Dan takkan
semua benda ni berlaku dengan sendirinya, melainkan ada orang yang buat
kerja tu. Yakni takkan automatik ada fasik, kecuali mesti ada orang yang
fasik. Begitu jugalah, mesti ada orang yang kuffur dan durhaka; maka kata
ALLAH, "Bencilah kamu kepada golongan-golongan ini."...Nampak tak tuan-tuan;
ALLAH yang suruh kita benci kat puak-puak ni. Tapi, tiba-tiba kita pula yang
dituduh sebagai penghasut...ASTAGHFIRULLAH...

2) Ciri tarbiyah yang kedua ialah kuat keyakinan dengan akhirat.

Inilah dia ciri tarbiyah yang benar yang kita mahu semua saudara Islam kita
turut dapat. Kita boleh muhasabah diri sendiri; kuatkah keyakinan kita
dengan akhirat?...Kuatkah keyakinan kita dengan hari kebangkitan, dengan
mizan, dengan timbangan ALLAH SWT??...Kalau kita perati tengok gelagat umat
akhir zaman ni, nampak gayanya pakai tarak la. Sebab baru-baru ni, ada orang
bercakap nak hapuskan usrah yang berbentuk militant. Ish! ish! ishhh!..setan
mana la yang dok pi bisik kat telinga dia?...Apa hang ingat Nabi s.a.w.
berusrah hanya cerita pasai bangsa Arab yang haprak sebab mudah sangat lupa
saja ka??...Yang Nabi s.a.w. pi perang sampai 23x tu apa; yang tu bukan
militant ka???...Hang tau ka maksud militant tu apa, Mid Man ooit???...Apa
hang ingat militant tu pengganas ka???...Maksud "militant" ialah persediaan
untuk bertindak dengan lebih aggresif. Habih semua benda aggresif tu
pengganas ka???...Inilah dia ulama al-fulus, yang dok bagi masyarakat celaru
habih. Orang yang tak mengaji, kira lega dengar lagu tu punya fatwa. Kawan
memang dah tak ndak pi berjihad, kemudian diberi pulak fatwa sebegitu, maka
jawapannya ialah al-lingkup wal hancur.

3) Berani mengisytiharkan kebenaran.

Diantara sifat orang yang ditarbiyah secara benar ialah dia berani isytihar
kebenaran. Kerana kata ALLAH, "Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, maka
janganlah kamu menjadi orang yang ragu."...Dan mengisytiharkan kebenaran
juga adalah perintah Nabi s.a.w. sepertimana sabdanya, "Beritahulah yang haq
walaupun pahit untuk didengar oleh orang lain."...Inilah yang Nabi s.a.w.
ajar. Barang siapa yang menyembunyikan kebenaran, maka Nabi s.a.w.
menyebutnya sebagai "syaitan-syaitan bisu". Sekarang ni berapa ramai dalam
masyarakat kita yang tergolong dalam golongan "syaitan bisu" ni?....Belambak
tuan-tuan. Yang mengajinya hebat-hebat belaka; ada yang usuluddin, ada yang
Syariat Islam, sehingga ada yang mencapai PhD dan sehingga ke Masters Degree
/ 1st degree pun ada; tetapi kadang-kadang mereka menjadi "syaithonul
akhras" yakni syaitan bisu, kerana mereka lebih mengutamakan "kerusi empuk"
daripada melihat kebenaran tertegak. Mereka lebih mengutamakan ribuan
ringgit yang diterima setiap bulan daripada mereka mahu melihat masyarakat
menegakkan "yang halal, dihalalkan. Dan yang haram, diharamkan."...Mereka
membisu seribu bahasa. Maka mereka-mereka ini, pada hari qiamat kelak akan
dikengkang mulut-mulut mereka dengan kengkang api neraka....Nau zubillahi
min zalik....

Sebab itu, berani mengisytiharkan kebenaran adalah sifat orang yang telah
menerima tarbiyah Islam yang paling berkesan sekali. Sebab itulah juga,
berani adalah salah satu sifat Rasulullah s.a.w.. Sepertimana yang pernah
disebut oleh Saiyyidina Ali karramallahu wajhah, "Nabi Muhammad s.a.w. lah
insan yang paling berani. Kerana apabila berlaku saja sebarang kekecohan di
Madinah, orang yang pertama sekali sampai di tempat kekecohan itu berlaku
ialah Rasulullah s.a.w."...Ini bermakna, kalaulah berlaku apa-apa rompakan
ka ataupun pembunuhan ka; sebelum sempatnya sahabat sampai ke tempat
kejadian, Nabi s.a.w. dah terpa awai-awai dulu....Inilah sifat Rasulullah
s.a..w, dengan keberaniannya yang terserlah sekali.

Sebab itulah, para-para mujahid Islam bersifat seperti lilin, yang membakar
diri-diri mereka sendiri supaya orang lain mendapat cahaya. Mereka rela
bersusah payah kerana Islam. Bukan senang untuk kita menegakkan kalimah
ALLAH ni tuan-tuan. Banyak risiko dan banyak halangannya; terutamanya dalam
suasana Islam diintip, Islam dikacau dan digangu-gugat. Susah jadinya bagi
orang-orang yang berani mengisytiharkan kebenaran, lebih-lebih lagi di akhir
zaman ini. Sepertimana yang disebut oleh Nabi s.a.w., "Umat Islam di akhir
zaman memegang Islam seperti menggenggam bara-bara api."....Sakit tangan
kita tuan-tuan bila genggam bara api, tapi apa boleh itulah Islam yang betul
di akhir zaman. Disebabkan sayang kepada Islam, kita pegang juga walaupun
tangan kita panas melecur. Golongan yang genggam bara api inilah yang pernah
disebut oleh Nabi s.a.w. kepada para sahabat suatu ketika dahulu; katanya,
"Kamu tahu tak, siapa dia golongan manusia yang hebat pahalanya serta hebat
keberkatan amalannya?"...Lalu para sahabat menjawab, "Sudah tentulah para
malaikat, ya Rasulullah. Sebab malaikat ni depa takdak dosa."...Nabi kata,
"Bukan. Malaikat tu memang la lagu tu sebab dia takdak nafsu, maka depa
takdak la dosa."...Lalu kata sahabat, "Kalau bukan malaikat, maka golongan
itu tentulah kami."...Nabi s.a.w. kata, "Tidak. Kamu semua mujur duduk
dengan aku, yakni hidup sezaman dengan aku. Sebab itu, kamu semua jadi lagu
ni sebab ditarbiyah terus dari aku."...Lalu kata sahabat, "Kalau bukan kami;
siapa lagi yang hebat amalan pahalanya?"...Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Merekalah umat selepas daripada kita. Yakni yang tidak pernah melihat dan
bertemu dengan aku, tapi mereka yakin dengan hadith-hadtih ku dan mereka
yakin dengan Islam. Merekalah yang lebih hebat amalan pahalanya daripada
kamu."...

( Siapa lagi tuan-tuan; kalau bukan kita. Daripada hadith ini, silap-silap
kita lebih hebat daripada sahabat. Tetapi kita manusia akhir zaman jugak,
silap-silap lebih hina daripada khinzir lagi....Nauzubillahi min zalik. )

4) Memusuhi kebathilan.

Kita mesti anti kepada segala perkara bathil yang kita sebut tadi. Apa saja
yang bukan daripada Islam adalah kebathilan. Bathil ini adalah benda yang
tidak elok; samada dari segi hukumnya, ajarannya, cara hidupnya dan apa
saja; maka kita hendaklah memusuhi kebathilan.

5) Menasihati kerana ugama.

Antara tugas dan peranan orang yang memiliki ciri tarbiyah yang berkesan
ialah dia akan menasihati manusia kerana ugama. Sebab itu, kalau ada orang
halang tak bagi kita buat sebarang ceramah ni, kira dia memang setan
sungguh. Sebab apa kita kata lagu tu?...Sebab puak-puak haprak wal pelahap
ni, mereka menggunakan kuasa bagi menghalang kita dari berceramah
menyampaikan Islam yang sebenar. Bukankah itu kerja setan segala
setan??...Itulah ayat paling sesuai untuk puak al-karatul kubra.

Kata Prof Dr Yusof al-Qardawi, "Kita mesti menasihati kerana ugama. Sebab
ugama ni adalah addinun nasihah."...Sebab itu, Melayu dok kata, "Nasihat,
nasihat, nasihat!"...Ianya diambil daripada kalimah "nasoha", yakni yang
bermaksud "menjahit". Jadi, kalau Nabi s.a.w. kata, "Ugama itu addinun
nasohah"; ini bermakna "ugama itu menjahit". Bila sebut "menjahit", ini
bermakna mesti ada benda yang koyak. Jadi, apakah dia yang koyak dalam
konteks ugama?...Sebagai contohnya; seperti aqidah yang telah koyak, ekonomi
yang telah koyak, sistem jinayah yang telah koyak dll..

Jadi, menasihati kerana ugama adalah sifat orang yang menerima tarbiyah
Islam, dan ia melakukannya sebab sayang dan cinta akan saudara se Islamnya.

6) Berjihad dengan jiwa dan harta mereka di jalan ALLAH.

Berjihad di jalan ALLAH dengan nyawa, harta dan dengan segala apa saja yang
boleh dicurah adalah antara satu sifat yang utama daripada hasil
pentarbiyahan yang berkesan.

7) Merubah kemungkaran dengan tangan, lidah dan hati.

Sifat orang yang menerima tarbiyah seterusnya ialah merubah kemungkaran
dengan tangan, lidah dan hati. Itulah yang kita buat semasa berceramah,
iaitu dengan menggunakan lidah untuk menyebut kemungkaran yang dilakukan
oleh seseorang dengan niat supaya orang lain tidak akan terikut-ikut dengan
kejahatannya. Maka dikala itu kita telah mengumpat, tetapi umpatan seperti
itu membolehkan kita dapat pahala pula kerana mengumpat pada ketika itu
adalah wajib. Jadi, pada siapa yang masih confuse dengan masalah mengumpat,
tolong buka kitab Imam Ghazali rahimmallahu ta`ala yakni "Ihya Ulumuddin"
ataupun "Sirus Salikin" dan cuba tengok dibawah tajuk perbahasan "Bencana
Lisan". Di situ, tuan-tuan boleh perati tengok macamana Imam Ghazali
menghuraikan berkenaan dengan mencegah menggunakan lidah adalah mengumpat yang dibolehkan.


8) Memerangi kezoliman dan penindasan.

Kesan pentarbiyahan Islam yang lekat di hati setiap pejuang agama ALLAH,
tidak akan sekali-kali kata "yes" kepada sebarang bentuk kezoliman maupun
penindasan. Depa tukaq pi la cara pendekatan lagumana sekali pun, samada
cara lembut maupun keras; kata nak bersekongkol, tidak sekali. Pasai tu lah,
depa geram sangat kat usrah-usrah ni. Sebab sejak daripada Rasulullah s.a.w.
hinggalah ke hari ini, melalui gerakan usrah lah, maka lahirnya
mujahid-mujahid Islam yang kental aqidah mereka.

9) Tidak tunduk kepada orang yang zolim.

Orang yang mantap kesan pentarbiyahannya tidak akan tunduk kepada orang yang
zolim, bahkan dia akan memerangi segala bentuk kezoliman.

....Inilah dia ciri-ciri yang ada pada orang yang menerima pentarbiyahan
Islam, yang disebut oleh Prof Dr Yusof al-Qardawi. Setelah kita meneliti
kesemua ciri-ciri ini, maka sebab itulah kita perlu faham bahwa kecintaan
kepada saudara seIslam adalah kecintaan yang paling utama sekali. Jangan ada
di dalam diri kita perasaan ingin masuk syurga sorang-sorang. Bahkan Imam
Ghazali pernah menyebut di dalam kitabnya "Bidayatul Hidayah" di bawah Bab
"Adab Sopan Terhadap Ugama ALLAH" bahwa, "Jangan kamu rasa lega bila melihat
orang kafir. Kerana boleh jadi, si kafir yang kamu tengok tadi,
berkemungkinan boleh masuk Islam pada keesokannya. Manakala kamu yang dah
Islam ni pula, silap-silap haribulan boleh masuk neraka."... Wa iyya
zubillah. Inilah dia langkah berhati-hati yang diajar oleh Imam Ghazali.
Maknanya, bukan kita nak menafikan kekafiran seseorang yang jelas akan
kekafirannya, tapi cumanya Imam Ghazali mengajar kita supaya berhati-hati
dengan runtunan perasaan kita. Sebab itu, kita kena mencintai mereka sebagai
sesama makhluk ciptaan ALLAH, walaupun mereka nampak jauh daripada Islam.
Kena ada pada diri kita perasaan bahwa mereka juga satu hari akan mendapat
hidayah daripada ALLAH SWT. Lainlah kalau mereka sendiri yang melemparkan
diri mereka ke arah kehancuran. Ataupun mereka sendiri yang tak hendak
kepada hidayah dan memang nak masuk neraka, maka apa boleh kita buat?...Tak
upayalah kita sebab itu kehendak mereka. Tetapi walau macamana pun kita
sebagai orang yang beriman, inilah yang Nabi s.a.w. pesan, iaitulah kita
kena mencintai mereka supaya mereka mendapat terus pentarbiyahan Islam dan
terus berada di dalam Islam yang benar.

Hal ini juga pernah disebut oleh as-Syahid Sayid Qutb rahimallahu ta`ala di
dalam tafsirnya "Fii zilalil Quran" ketika mana beliau menafsirkan Surah
al-Kafirun. Kata beliau dalam tafsirnya itu, "Islam yang macamana kita mahu,
supaya saudara Islam kita yang lain juga dapat sama, lalu membuatkannya
terus kekal dalam hidayah?"..Lalu kata Sayid Qutb, "Untuk mengekalkan mereka
dalam aqidah yang mantap ialah mereka perlu faham bahwa Islam yang benar itu
akan membawa manusia kepada 4 peringkat."...Dimana ustaz Halim Nasir
menamakan keempat-empat peringkat itu dengan "4K". Iaitulah :

a) yang pertamanya ialah "ketinggian".

Kata Sayid Qutb bahwa Islam yang benar akan membawa kita kepada ketinggian.
Sepertimana dalam firman ALLAH yang bermaksud, "Jangan rasa lemah, jangan
rasa letih dan jangan rasa berdukacita; sesungguhnya kamulah yang tinggi
jika sekiranya kamu beriman kepada ALLAH SWT."

b) Kemuliaan.

Janganlah kita lupa dengan ucapan yang masyhur daripada Saiyyidina Umar
r.a., dimana katanya, "Kita adalah kaum dan bangsa yang diberi kemuliaan oleh
ALLAH bila kita pegang Islam. Tetapi kalau kita menyeleweng daripada Islam,
nescaya kita akan dihina oleh ALLAH SWT."...Inilah kata-kata daripada
Saiyyidina Umar al-Khatab. Dan inilah yang berlaku di Palestin, yang mana
walaupun Yahudi itu hanya sekangkang kera sahaja, tetapi kita hanya boleh
jadi pemerhati sahaja, tanpa ada sebarang usaha untuk membantu umat Islam di
Palestin. Persidangan demi persidangan, OIC demi OIC; tapi tak boleh nak
buat apa pun. Bekalkanlah pejuang-pejuang agama ALLAH di sana dengan
senjata; apakah kita sanggup biarkan mereka menentang yahudi laknatullah itu
dengan batu sahaja, sedangkan tentera-tentera Israel siap dengan helikopter
pejuangnya yang lengkap dengan peluru-peluru berpandu?...Sementara itu, kita
yang menjadi dunia negara-negara Islam, hanya datang untuk bermesyuarat
tetapi apa saja keputusannya masih lagi tidak memberi manafaat kepada
pejuang-pejuang Intifadhah di Palestin. Kalau kita ikutkan logika akal,
sepatutnya yahudi bangsat ini dah lama dikuburkan. Tetapi inilah akibatnya
apabila umat Islam sendiri pilih lain daripada Islam, maka ALLAH SWT hinakan
kita. Lalu yahudi pulak menjadi mulia dalam kacamata manusia....Nau
zubillahi min zalik....

c) Keikhlasan.

Tarbiyah Islamiyah yang betul akan membawa kamu kepada suatu sifat
keikhlasan yang paling hebat. Bila ada keikhlasan, maka segala-galanya akan
menjadi selamat.

d) Kemerdekaan yang hakiki.

Kamu akan merdeka daripada menyembah sesama manusia. Kamu hanya menyembah
ALLAH, sepertimana yang disebut oleh Rub`i bin Amir ketika dia mengucapkan
ucapan kemerdekaannya kepada Rostam yakni General Parsi yang berjaya
ditumbangkan oleh Rub`i bin Amir di zaman Umar al-Khatab. Dimana Rub`i
menyatakan bahwa, "Kami datang untuk membebaskan manusia daripada menyembah
sesama manusia, kepada hanya menyembah ALLAH SWT."...

....Inilah dia "4K" yang disebut oleh as-Syahid Sayid Qutb; iaitulah bila
kita pegang Islam yang betul, maka inilah "4K" yang kita akan dapat.
Iaitulah ketinggian, kemuliaan, keikhlasan dan kemerdekaan; dimana
keempat-empatnya ini tidak akan ada dalam ajaran-ajaran yang lain, tetapi
ianya wujud di dalam ugama ALLAH SWT. Maka kerana itulah, Imam Nawawi
berpesan bahwa mesti ada perasaan mencintai saudara Islam kita yang lain.
Yakni macamana kita merasai duduk di dalam hidayah ALLAH, begitulah juga
kita mahu mereka juga duduk di dalam hidayah ALLAH SWT. Sebab itu, kita
gunakan kuliyyah/ceramah bagi membimbing mereka supaya mereka tidak terus
terjerumus ke dalam dunia maksiat dan kemungkaran, akibat kejahilan mereka.

Tetapi kadang-kadang apa boleh kita buat?...Sebab sesetengah manusia ni, ego
mereka terlalu tebal sehingga mereka sanggup tunduk kepada nafsu bebalnya
sendiri. Mereka sanggup mempertuhankan kebodohan mereka sendiri; apa boleh
kita buat?...Kita telah cuba buat segala-galanya untuk membimbing mereka,
tetapi kalau itulah yang mereka pilih maka "selamat tinggal"lah kita ucapkan
kepada mereka.

Inilah perkara yang dipesan oleh Nabi s.a.w., yang telah pun saya sampaikan
pada kali ini. Dan semoga dengan sedikit hadith yang dibahaskan ini, boleh
mendapat pengajaran yang besar daripada ALLAH SWT. Dan semoga hadith ini
boleh membantu kita bagi menambahkan lagi amal ibadah kita kepada ALLAH SWT.
Oleh itu, maka sayangilah saudara Islam kita. Awlanya ialah adik beradik
kita dan sepupu separe part kita, yang mana masih jauh daripada Islam. Kita
tak nafikan bahwa mereka ni iaitulah kawan-kawan kita, sanak saudara kita,
pak/mak penakan kita; yang masih jauh daripada ugama ALLAH. Maka bimbinglah
mereka sekadar yang kita mampu dengan izin ALLAH SWT.

ALLAHU TA`ALA `ALAM

0 comments: